Nuffnang

Friday, October 31, 2014

Allah Huakhbar !!! Parang Terbang Melekat Atas Kepala..

Jerantut: "Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk
 di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala 
Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada
 seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya 
dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari
 Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan 
berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.
Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' 
dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya 
rebah serta terbaring kesakitan.
Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya
 ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang 
membonceng motosikal rakannya.
"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke 
Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang 
melekat di kepalanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


MOHD Ridhuan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke HOSHAS dan HTAA.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung