Nuffnang

Monday, December 15, 2014

Rambut Indra Buruk Tapi Kelihatan Seperti Eric Cantona! - Petikan Daripada Akhbar Vietnam







Kemenangan Harimau Malaya ketika menentang Vietnam sekaligus dapat menempah tiket ke Final Piala Suzuki AFF tahun ini sememangnya amat manis, terutama kerana ia diraih di laman orang.



Namun sungguh pun penyokong bola Vietnam harus dipuji kerana miliki semangat kesukanan tinggi, sesetengah wartawan sukan negara tersebut rasanya masih perlu diasah pengetahuan sukan mereka.





Menerusi satu artikel mengulas kekalahan Vietnam di tangan Malaysia yang diberi tajuk ‘Tiger eat us at home’, berlaku kesilapan yang agak lawak apabila Safee Sali dinobatkan penulis artikel tersebut sebagai ‘man of the match’ padahal Safee hanya duduk di bangku simpanan sepanjang perlawanan.



Selepas dibaca kembali artikel yang diterbitkan Jumaat lalu itu, penulis dipercayai mahu memberikan gelaran tersebut kepada Indra Putra Mahayuddin.



Apa yang lucu, Indra turut digambarkan penulis sebagai pemain Kelantan hebat namun miliki potongan rambut buruk.

Eric Cantona – ada iras Indra Putra ke

Indra juga disifatkan penulis agak tua tapi masih berbisa dan kelihatan seperti pelakon yang juga bekas pemain bola sepak Perancis, Eric Cantona.



Oh, selain itu penulis sukan tersebut turut menyelitkan gosip kononnya pemain senior Vietnam mendakwa pemain negara mereka menjual perlawanan pada malam tersebut dan itulah punca utama Vietnam kalah!

1 comment:

Anonymous said...

Mula2 dpt petikan artikel ni..sy igt budak sekolah tulis..rupanya mmg btul paper Vietnam post..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung