SHAH ALAM - Sedih dan masih terkejut, itu yang dialami oleh Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, apabila dia tanpa sengaja melanggar seekor harimau belang dewasa ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11.45 malam semalam, harimau itu mati selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Mohd Syahrin di KM321.2 lebuh raya berkenaan.
Bercakap kepada Sinar Online hari ini, Mohd Syahrin berkata kejadian berlaku terlalu pantas, dan dia hanya menyedari harimau itu ketika mana haiwan itu berada terlalu hampir dengan keretanya.
"Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya...tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit 'harimau' tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN; Harimau belang mati dirempuh MPV]
Katanya lagi, selepas pelanggaran itu, dia memberhentikan keretanya untuk melihat keadaan harimau itu.
"Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang...selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia mintak dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh
“Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT," katanya.
Ujarnya, selepas semua selesai dia telah membuat satu lapora
n